Tuesday 30 April 2013

Masih belum kenal dunia..

Anak.
Apa kau rasa apabila tangan kasar si ayah mengusap lembut pipimu.
Menyapu sisa-sisa air mata di ketika kau jatuh tersunggur.

"Dah,jangan menangis. Anak ayah kan kuat!",

Apa kau rasa apabila tangan yang kasar itu memimpin tangan kecilmu pergi dari tempat kau tersunggur seakan mahu menjauhkan dirimu dari bahaya.
Erat pegangannya.

Anak.
Tangisanmu meluluhkan hati si ibu.
Tangisanmu membuatkan dirinya serba tak kena.

"Sakitkah kamu? Laparkah kamu nak?",

Kau hanya terus menangis tanpa memberikan sebarang jawapan.
Tiba-tiba kau diam seribu bahasa takkala tangan lembut si ibu memelukmu erat ke dadanya.
Alunan yang keluar dari mulut si ibu menjadi ubat lenamu.
Alunan paling merdu.

Anak.
Kau pulang dengan kesan lebam.
Jauh disudut rumah, kau lihat wajah tua si ayah sedang berehat dia atas kerusi rotan.
Sedikit demi sedikit kau hampirinya.
Tangan kasar itu kau sentuh hingga air mata mengalir di tubir matamu.

"Kenapa?",tanya si ayah apabila titik-titik jernih itu mengena di atas tangannya.

Kau hanya menangis, mungkin kerana kau kesal dengan perbuatan jahat yang kau lakukan.
Erat kau pegang, mahu si ayah faham.

"Shhh...jangan menangis. Kalau bersalah dengan Allah, mohon ampun dari-Nya. Kalau bersalah dengan manusia, pergi rayu kemaafan mereka. Jangan takut..",

Suara garau si ayah kedengaran di cuping telinga ketika badan kau dipeluk.

"Ayah tahu kau masih belum kenal dunia",