Wednesday 11 December 2013

Kecamuk.Dendam.Sayang

Aku tamak.
Aku mahu segala keinginan aku dipenuhi.
Dan keinginan aku itu adalah kamu.

Suaramu boleh buat aku cair, mencurah-curah.
Biarpun suaramu bukan sekacak suara diluar sana yang mampu dendangkan puisi syahdu buat sang kekasih.
Gelakmu boleh membuat segala masalah aku hilang serta merta.
Dalam diam ada senyuman terbit di bibir aku sendiri.

Akulah si jelek,busuk,hodoh.
Ye aku.
Yang mahu kamu, itu aku.
Walau aku tahu kamu mungkin dapat yang lebih sempurna.
Tapi...
tetap aku mahu kata bahawa hanya aku yang boleh mencintai kamu dengan sempurna.
Haha,gelak sepuas-puasnya kerana apa yang aku tahu,aku mahu bahagia dan membahagiakan kamu.

Malam ini patutnya jadi malam yang indah.
Tapi malam ini dicemari dengan luahan dosa semalam yang tak mungkin mampu aku padam.
Sial!
Itu saja aku mampu bisik pada hati yang kian remuk.
Lantas ditambah pula dengan "fucking shit" yang terus-terus membuat hati aku hancur.

Shhh....
Jangan pernah ucap kata maaf.
Kerana yang salah itu aku dan walaupun aku tahu bukan cuma aku.
Aku doa supaya kisah najis ini cepat-cepat berakhir.
Biar jadi cebis-cebis kertas terbakar, dibawa angin pergi jauh-jauh.

Duhai hati, maafkan aku.
Kerana dosa aku, kau pula yang remuk,punah!
Bertahanlah demi aku,demi masa depan yang mungkin cerah.
Tak pula aku minta lebih,cuma bertahanlah.

Selamat ulang tahun sayang.
Pinta aku pada Tuhan, jodoh ini aku mahu pegang.
Biar takdir kamu dan aku digenggam erat dalam tangan.


Salam sayang,
11/12/13 (1:16 am)

Tuesday 3 December 2013

Silam

Aku mencari kelibat bayangmu walaupun aku gagal.
Melihatmu saban hari di alam maya sudah cukup.
Cukup untuk membuktikan yang aku lagi bahagia daripada kamu.

Aku kini punya dia.
Dia yang membuat aku rasa ingin percaya.
Dia yang membuat aku rasa diri aku dihargai, dihormati.
Dia kembalikan senyuman aku yang dahulunya dicuri kamu.

Aku bahagia, lagi bahagia daripada kamu.

Wednesday 6 November 2013

Teman

jemari kecil aku sentuh,
tenang.

tidak aku faham kenapa ada yang sanggup membenci si tubuh kecil ini,
yang melengkapkan hidup,
yang menceriakan suasana,
yang menjadi teman di kala kosong.

si kecil yang merembeskan bau dari syurga.
sungguh aku cinta.

Tuesday 5 November 2013

Demand

andai kata aku pergi dan tiada lagi disini bersama kalian,
aku harap disana nanti Tuhan sediakan satu tempat.
tempat dimana aku boleh lihat kalian semua.

disana kita bisa hidup tanpa derita.
kau,aku dan kita semua bercinta.
cinta yang Tuhan bekalkan agar kita semua tahu erti bersatu.

tempat yang paling tenang,
dengan adanya wajah-wajah kesayangan.
tempat dimana aku namakannya Syurga.



Tuesday 29 October 2013

Mencuba

Apa lagi yang perlu ku lakukan
Kerna segalanya telah ku coba
Untuk memiliki seluruh hatimu


Untuk kesekian kalinya..aku berundur.

Selesai Urusannya.

"Mati dan lagu tak masuk la bro,kalau kau nak cakap ahli saudara kau meninggal kau selit Al-Fatihah atau doakan dia disana lagi elok. Apa la kau ni bro".


*baca
*senyap
*senyum


Kalau aku manusia bongkak dan angkuh,mau saja aku jawab..

Tu ahli saudara aku,bukan ahli saudara sedarah sedaging kau.
Tu wall aku,bukan aku conteng wall kau.
Kau siapa?
Hanya yang "bertuah" duduk dalam senarai kawan alam maya.
Kau siapa?
Tiada kena mengena dengan aku.

*istigfar


Tapi aku bukan yang mahu memaki begitu,kerana aku tahu..

Kau tak kenal siapa aku.
Kau tak tahu apa yang jadi.
Kau tak tahu siapa aku berhadapan.
Kau tak tahu apa-apa. =)

Aku berhadapan dengan seorang kanak-kanak yang hanya berusia lingkungan 6 tahun , 4 tahun dan 3 tahun.

"Meninggal? Apa tu uncle?"

Tanya si 4 tahun.

"Meninggal tu macam tidur tapi tak sedar dah. Allah jemput dia"

Jawab si 6 tahun.

Aku berfikir, apa jawapan paling ringkas dan padat untuk aku jelaskan kepada mereka tanpa mereka masukkan unsur fantasi seperti si bidadari datang hulur tangan atau turunkan sebelah kepak dan bawa terbang tinggi.

"Bila roh terpisah dari jasad..."

"Tapi masa tidur pun roh terpisah dari jasad", kata si 6 tahun mencelah.

Aku tarik nafas dalam-dalam sebab aku dah mati kutu.

"Ye,masa tidur pun roh terpisah dari jasad. Tapi roh masuk balik dalam jasad. Ni lain,sebabnya roh tak masuk semula".

Ya Allah maafkan aku yang jahil ilmu,soalan begitu dah buat aku buntu.

"Jadi Abang Acad tak akan bangun dah?", tanya si 4 tahun.

Ketika itu aku hanya mampu geleng dan tersenyum.
Aku menghargai teguran-teguran kalian, tapi biar kena caranya. Biar kena tempatnya.

Dia dah selesai urusan dia.
Kita belum.
Masa kian menghimpit sebenarnya.


Sunday 2 June 2013

Hidup

kadang-kadang kita rasa kita cukup kuat untuk tempuh masa depan.
padahal kita juga tahu jauh di dalam hati kita yang paling dalam ni, kita takut untuk sebarang kemungkinan.

orang pandang kita si tabah dan cekal , lalu orang pun tumpang berpaut pada kita.
orang tak tahu, lutut kita dah separuh mahu menopak ke bumi.

bila kita kejam pada seseorang, diteriaknya pada wajah kita sebagai si Hitler.
sedangkan kita hanya mahu mengajar cara untuk survive hidup di dunia yang kian menguji ketahanan diri.

jadi bijak tak semestinya kau perlu trick orang itu dan ini.
sekadar bijak untuk kau tak lagi dibuli dan mengulangi kesilapan lama kau.

selalu juga kita lihat seseorang berlagak bodoh tapi dalam masa yang sama dia tidak tertipu.
itu kerana dia cukup matang untuk fikir dan rasa bagaimana dunia sekeliling dia berpusing.

hiduplah wajah-wajah kesayanganku,
hidup semahumu.
moga kau bahagia hingga disana

Tuesday 30 April 2013

Masih belum kenal dunia..

Anak.
Apa kau rasa apabila tangan kasar si ayah mengusap lembut pipimu.
Menyapu sisa-sisa air mata di ketika kau jatuh tersunggur.

"Dah,jangan menangis. Anak ayah kan kuat!",

Apa kau rasa apabila tangan yang kasar itu memimpin tangan kecilmu pergi dari tempat kau tersunggur seakan mahu menjauhkan dirimu dari bahaya.
Erat pegangannya.

Anak.
Tangisanmu meluluhkan hati si ibu.
Tangisanmu membuatkan dirinya serba tak kena.

"Sakitkah kamu? Laparkah kamu nak?",

Kau hanya terus menangis tanpa memberikan sebarang jawapan.
Tiba-tiba kau diam seribu bahasa takkala tangan lembut si ibu memelukmu erat ke dadanya.
Alunan yang keluar dari mulut si ibu menjadi ubat lenamu.
Alunan paling merdu.

Anak.
Kau pulang dengan kesan lebam.
Jauh disudut rumah, kau lihat wajah tua si ayah sedang berehat dia atas kerusi rotan.
Sedikit demi sedikit kau hampirinya.
Tangan kasar itu kau sentuh hingga air mata mengalir di tubir matamu.

"Kenapa?",tanya si ayah apabila titik-titik jernih itu mengena di atas tangannya.

Kau hanya menangis, mungkin kerana kau kesal dengan perbuatan jahat yang kau lakukan.
Erat kau pegang, mahu si ayah faham.

"Shhh...jangan menangis. Kalau bersalah dengan Allah, mohon ampun dari-Nya. Kalau bersalah dengan manusia, pergi rayu kemaafan mereka. Jangan takut..",

Suara garau si ayah kedengaran di cuping telinga ketika badan kau dipeluk.

"Ayah tahu kau masih belum kenal dunia",

Saturday 2 March 2013

=')

Bila kau pergi jauh ingatlah aku.
Bila ku disampingmu peluk tubuhku.
Bila kau rindu aku, panggil namaku.
Peluk erat jasadku, jangan lepaskan.
Tetaplah kau disini arungi malam.
Kerana hanya dirimu, belahan jiwa.
Pelengkapku di dunia.

- AIH -







Di antara beribu bintang.
Hanya kaulah yang paling terang.
Di antara beribu cinta.
Pilihanku hanya kau sayang.
Takkan ada selain kamu.
Dalam segala keadaanku.
Cuma kamu,ya hanya kamu.
Yang selalu ada untukku.

-  KHAIR -






Friday 15 February 2013

Berat Nanang~!

Aku lihat kau hadir bersama pantulan cahaya yang silau.

"Untuk apa kau datang setelah lama aku kau tinggalkan?",

Diam,kau membatukan diri.
Hanya duduk sebentar lantas kau bangun dan pergi.

"Tolong jangan muncul lagi jika ini sahaja yang kau ingin lakukan",

Dia hanya berjalan pergi,tanpa menoleh.
Aku mengharapkan dia berhenti dan memanggilku untuk pergi bersama.

"Berhenti~! Tunggu aku..",

Aku berlari sekuat mungkin sehingga tersadung lalu jatuh.
Aku cuba untuk bangun,tetapi apa yang aku rasakan hanyalah kesakitan yang teramat.
Mata yang aku pejamkan rapat aku cuba buka perlahan.
Sedikit demi sedikit penglihatan yang tadinya kabur kembali terang.

"E, boleh kau bangun tak sebab kau terduduk atas kaki aku ni. Sakit tak dak?~!!!!!",

Jerit aku kepada si kembar yang ignorance.
Mimpi apakah tadi?

Tuesday 5 February 2013

bawaku pulang


aku ingin pulang,pulang ke tanah seberang lautan.
aku ingin pulang,pulang ke tanah aman.
aku ingin pulang,pulang dengan harapan.

takut.
terasa urat saraf ditarik dan direnyuk-renyuk.
seakan sendi tanpa pelincir,berlaga sesama sendiri.
pedih dan perit menjadi satu,sebati.

takut.
saat diri menunggu nama dipanggil.
menggigil seluruh badan, peluh tumpah ke tanah gersang. 


izinkan aku pulang.
semadikan aku dengan aman.

..bawaku pulang..