Tuesday, 29 October 2013

Mencuba

Apa lagi yang perlu ku lakukan
Kerna segalanya telah ku coba
Untuk memiliki seluruh hatimu


Untuk kesekian kalinya..aku berundur.

Selesai Urusannya.

"Mati dan lagu tak masuk la bro,kalau kau nak cakap ahli saudara kau meninggal kau selit Al-Fatihah atau doakan dia disana lagi elok. Apa la kau ni bro".


*baca
*senyap
*senyum


Kalau aku manusia bongkak dan angkuh,mau saja aku jawab..

Tu ahli saudara aku,bukan ahli saudara sedarah sedaging kau.
Tu wall aku,bukan aku conteng wall kau.
Kau siapa?
Hanya yang "bertuah" duduk dalam senarai kawan alam maya.
Kau siapa?
Tiada kena mengena dengan aku.

*istigfar


Tapi aku bukan yang mahu memaki begitu,kerana aku tahu..

Kau tak kenal siapa aku.
Kau tak tahu apa yang jadi.
Kau tak tahu siapa aku berhadapan.
Kau tak tahu apa-apa. =)

Aku berhadapan dengan seorang kanak-kanak yang hanya berusia lingkungan 6 tahun , 4 tahun dan 3 tahun.

"Meninggal? Apa tu uncle?"

Tanya si 4 tahun.

"Meninggal tu macam tidur tapi tak sedar dah. Allah jemput dia"

Jawab si 6 tahun.

Aku berfikir, apa jawapan paling ringkas dan padat untuk aku jelaskan kepada mereka tanpa mereka masukkan unsur fantasi seperti si bidadari datang hulur tangan atau turunkan sebelah kepak dan bawa terbang tinggi.

"Bila roh terpisah dari jasad..."

"Tapi masa tidur pun roh terpisah dari jasad", kata si 6 tahun mencelah.

Aku tarik nafas dalam-dalam sebab aku dah mati kutu.

"Ye,masa tidur pun roh terpisah dari jasad. Tapi roh masuk balik dalam jasad. Ni lain,sebabnya roh tak masuk semula".

Ya Allah maafkan aku yang jahil ilmu,soalan begitu dah buat aku buntu.

"Jadi Abang Acad tak akan bangun dah?", tanya si 4 tahun.

Ketika itu aku hanya mampu geleng dan tersenyum.
Aku menghargai teguran-teguran kalian, tapi biar kena caranya. Biar kena tempatnya.

Dia dah selesai urusan dia.
Kita belum.
Masa kian menghimpit sebenarnya.