Wednesday, 19 September 2012

Wishlist Sebelum Mati


Haz melihat gambar-gambar yang diambil oleh seorang photoG yang merupakan salah seorang yang terlist di dalam list kawan-kawannya di facebook. Satu persatu album ditekan, matanya ralit melihat wajah-wajah itu disolek dan ditubuhnya terbalut busana yang indah.

“Aku nak macam ni tapi aku tak ada duit nak beli baju macam tu. Kalau jadi talent macam ni kena bayar ke tak ehh? Aku tak nak la paw atuk,kesian atuk”,Haz bermonolog.

“Dik, sejam dah ni. Tadi adik nak akak ingatkan adik kan?”,

“A’a, kejap kak. Adik log out facebook ni kejap”, pantas tangannya ligat menekan lalu dia bangun dari kerusi yang tak berapa nak empuk berwarna biru. “Akak, RM2.00 kan? Terima kasih akak”, senyum Haz. Akak penjaga cyber cafe hanya angguk dan membalas senyum Haz.

Setibanya di rumah, Haz terus ke dapur dan meyediakan air teh panas. Sekejap lagi atuk dan neneknya akan pulang dari kebun milik mereka. Peti sejuk dibuka dan Haz mengambil Tupperware yang berisi karipap sedia goreng yang dibuatnya semalam lalu digoreng. Diangkat juadah yang siap terhidang di dalam dulang besar ke bangku besar ditepi perigi. Tempat santai.

Riuh suara atuk dan nenek bergurau senda sepanjang jalan masuk ke rumah, memang mereka selalu begitu. Romantik tak habis! Seperti biasa mereka akan duduk di port yang sudah tersedia juadah seperti selalunya.

“Nek.. tadi Haz pergi cyber cafe. Macam selalu tu.. tadi kan Haz tengok jurugambar ambil gambar. Dia masukkan dalam facebook.  Cantik nek”,

“Haz ambil la jugak,mesti cantik”,

“Tapi Haz tak ada duit la nek ,nak beli baju cantik..”,

“Pakai apa pun cantik,asalkan tutup aurat. Siapa ambil gambar tu? Dia duk dekat mana?”,kata atuk yang dari tadi mengunyah karipap.

“Dia ada dekat bandar ni je. Atuk dengan nenek kasi? Kalau kasi,esok Haz tanya dia bila dia boleh ambil gambar Haz. Tapi...”,

“Tapi apanya?”,

“Tapi esok atuk kena la kasi RM2.00 kat Haz lagi. Tapi takpe atuk, kalau dapat nanti Haz pergi sendiri”,

“Atuk hantarkan kalau dapat. Dah makan,yang esok tu fikir esok”,tangan kasar itu menyentuh kepala cucu kesayangannya. Air matanya bergenang.


****

Kicau burung pagi itu kedengaran nyaring dan lain semacam, atuk duduk port biasa untuk ambil angin sebelum ke kebun.

“Abah, karang sikit Man dengan Yatt bawa Haz pergi Bandar. Haz tu nak sangat dia beli baju raya lain”,

“Kan dah beli. Jangan ikut sangat anak kamu tu Man. Manja lebih nanti,kamu susah”,

“Yatt belikan hari tu putih. Haz taknak. Yang abah, mak , Man dan Yatt settle semua dah. Haz je. Takpe abah, selagi ada ni boleh la kami nak bagi lebih. Dah takde nanti tak boleh da”,

“Lain bunyi tu. Yatt tu kan sarat,kurangkan lah nak berjalan sana sini. Terberanak tengah jalan karang”,

“Takpe bah,kalau Yatt nak beranak nanti Man parking tepi. Tak parking tengah jalan punye bah. He..he..he..”,

“Loyar buruk betul anak abah sorang ni. Yelah,balik karang tolong abah kat kebun. Abah nak ambil nangka,boleh buat pengat nak berbuka nanti”,

“Orite bah..”,Man tersenyum melihat abahnya. Masih kuat!


“Cikgu Razak! Cikgu Razak!”,

“Pe dia kau ni Dollah,terjerit-jerit. Macam la aku ni pekak. Termengah-mengah.. apa dia?”,

“Man..Man.. Cikgu.. Man kemalangan”,

“Astagfirullahalazim..! dia kat mana sekarang. Isteri aku tahu dah?”,

“Dia tunggu Cikgu balik je”,

“Tolong tumpangkan aku...aku....aku..”, Cikgu Razak sudah tidak keruan.

“Istigfar cikgu. Cikgu.. Man dengan isteri dia meninggal kat tempat kejadian. Sabar cikgu..”,tangan Dollah segera memaut bahu Cikgu Razak yang kelihatan pucat.

“Anak menantu aku...”,bisik Cikgu Razak perlahan.


 ****

Mata Haz ligat mencari nama photoG yang dilihatnya semalam. Ahh ada tanda hijau di tepi namanya, dia online! Tiba-tiba Haz rasa segan,

“Ada ke talent yang minta. Bukan photoG ke yang cari talent?”,bicara Haz perlahan.

“Tapi nak jugak. Malu melepas ... hehe..”, ditekan nama photoG tersebut. Perbualan menerusi IM bermula.

Kemboja Putih (KP) : Assalamualaikum, tumpang tanya.
Keyrull : Waalaikummusalam, yerp apa? Siapa ni ye?
KP : Kawan alam maya. Nak tanya,boleh tak nak awak ambilkan gambar saya?
Keyrull : Awak ada gambar dalam FB awak? Boleh saya tengok dulu?
KP : Takde.. huhu..tak boleh ke?
Keyrull : Boleh je, saja je selalunya saya tengok gambar dia dulu. Bila nak ambil?
KP : Secepat mungkin, asal awak free. Bayaran berapa ye? Baju kalau saya pakai baju saya takpe?
Keyrull : Baju tu selalunya saya sediakan,tapi ok je nak pakai baju sendiri.
KP : Bayaran?
Keyrull : Kita bincang nanti jumpa yang tu.
KP : Ok, terima kasih. Assalamualaikum.
Keyrull : Awak nak kemana?
KP : Dah habis tanya,saya nak chow dah la.
Keyrull : Habis awak taknak kasi nombor telefon ke? Saya nak contact macam mana.
KP : Lupa.. 0_-_____ . Nombor rumah. Nombor awak?
Keyrull : Petang sikit saya call.
KP : Ok then..

Haz tersenyum lebar, terus dia log out dan bangun untuk bayar di kaunter.

“Tak payah bayar la dik, baru 15 minit online dah habis”,

“Hari ni tak online untuk isi SPA tu. Hari ni online saja je. Betul ke ni kak tak payah bayar?”,

“Iye ..”, akak di kaunter senyum. Haz senyum dan berlalu pergi.


Haz bernyanyi kecil di dapur, pagi tadi Mak Kiah ada berikan ikan keli yang sudah siap disiang. Katanya yang Pak Abu mengail semalam. Apa lagi, terus sahaja ikan keli tersebut diperap dengan bahan yang sudah siap di blend. Mahu goreng dan buat sambal tumis. Terangkat habis!

“Nyanyi..nyanyi..dapat suami tua baru tahu”,tegur atuk dari belakang.

“Hehe..orang tak mau kawen la atuk. Kejap lagi dah boleh makan”,

“Masak apa?”,

“Ikan keli goreng sambal..ok?”,

“Tak”,

“Haz lupa atuk tak makan ikan keli! Ok, Haz buatkan ayam goreng halia ok atuk?”,

“Tak payah,atuk makan je. Cuma sediakan telur dadar,kot-kot la tak boleh nak telan keli Haz tu”,

“Mengada atuk ni..hehe. ok,tunggu kat luar ye”,


“Esok jam berapa nak jumpa budak tu? Atuknya temankan Haz kan?”, tanya atuk ketika sedang makan.

“Pagi,dia kata pagi ok. Tak pe nek, Haz pergi sendiri. Lagipun dekat kampung kita jugak,dekat jeram sana. Katanya situ pemandangan cantik”,

“Tak harap lah nenek..”,

“Nenek ni,bukan Haz dengan dia je. Esok kan hari minggu, kat jeram tu dari pagi hingga petang ramai orang”,

Nenek hanya angguk,tanda faham. Atuk siap kenyit mata. Hehe..atuk the best!

“Pakai baju apa?”,

“Baju kurung yang nenek kasi hari tu. Haz baru nak rasmikan”,

Nenek angguk lagi,makin rancak pula atuk meratah isi ikan keli. Sedap leteww!


****




Haz mundar mandir di bangku yang tersedia di kawasan parking. Macam biasa, ramai betul orang. Agaknya photoG tu ingat atau tak Haz cakap yang dia akan tunggu di kawasan ini dan pakai macam ni. Tu lah,orang sekarang dah ada telefon bimbit tapi Haz tak ada. Bukan atuk tak nak kasi,Haz yang menolak. Gedik!

“Assalamualaikum.. Kemboja Putih?”,tegur seseorang dari belakang. Haz teragak-agak untuk berpaling. Ahh cepat lah!

“Wasalam,ye..ye..Keyrull?”,buat-buat tanya lagi. Macam nak patah leher dia gantung kamera besar bapak kat leher. Sah la Keyrull si photoG ni.

“Ye saya..”, Keyrull mati kata. Dipandang Haz tak berkelip. Tiada secalit gincu mahupun BB Cream yang dipakai. Bedak alas pun tidak. Tapi..tapi dia memukau pandangan Keyrull.

“Keyrull.....”,

“Ye?”,

“Kenapa tenung macam tu? Tak boleh ehh pakai baju kurung macam ni?”,

“Boleh,tak ada masalah..”, senyuman dilemparkan.

Pelbagai pose diberikan, temanya sopan. Muslimah. Dari atas batu, ke gigi air sehingga dalam air yang 
hampir mencecah buku lali. Haz sangat gembira, Keyrull hanya menurut kehendak. Setelah siap , mereka mengambil tempat untuk rehat sebentar.

“Nah makan..”,

“Wow, tak pernah lagi saya diberi makan oleh talent ni. Awak buat?”, tanya Keyrull seakan terkejut. Haz angguk dan menghulurkan bekas makanan pada Keyrull.

Siap dengan bakul yang entah dari mana, tadi macam tak ada. Lengkap air dan kuih untuk dimakan setelah bihun goreng sudah selamat mendarat di dalam perut.

“Awak,bayar ni kira macam mana?”,tanya Haz.

“Free je,lagipun bukan jauh dari rumah saya. Saya pun free hari ni, lain la kalau gambar kawen awak. Memang saya mintak bayaran la”,

“Ohh,thanks ye. Awak,gambar tu nanti awak upload kat facebook eh?”,

“Yerp,nanti saya tag awak”,

“Kalau saya nak demand sikit boleh? Saya nak dalam bentuk keping. Boleh? Nak tampal kat sini”, ditayangkan buku hard cover berwarna pink terang.

“Buku apa ni....”, Keyrull melihat isi kandungan buku tersebut. “Nanti saya beri kat awak”,sambung Keyrull.

“Wishlist sebelum mati??”,tanya hatinya. Ehh tapi sekejap...

****
“Awak,tengok sekali lagi buku tu”,minta Keyrull dan Haz menghulurkan buku tersebut. “Hazirah Azman? Nama awak?”,

“A’ah nama saya”,

“Zirah Moncong?”,

“Hey tu budak jahat kat sekolah panggil saya!”,

“Hahaha...awak ke..kecilnya dunia”,

“Awak ni siapa?”,

“Keyrull la.. Keyrull pengawas tu”,

“Keyrull Nerd?”,

“Hey!! Ni nak marah ni”,

“He..he.. awak ke. Saya tak cam langsung, yelah awak dulu kan rambut sikat tepi”,

“Dah...jangan nak mula. Tapi kenapa awak sekarang cantik sangat? Macam...macam..lain lah”,

“Sebab dah tak moncong kot. Heehh!”,

“Awak kemana lepas SPM hari tu? Result pun awak tak ambil,tapi saya tahu awak dapat result cemerlang”,

“Saya pergi ambil la,tapi sebulan lambat”,

“Awak study kat mana sekarang?”,

“Tak..tak study kat mana-mana. Duduk rumah jaga atuk dan nenek. Saya malas la nak study lagi. Hehe..boleh tak macam tu?”,

“Boleh..semua boleh. Ayah dengan ibu awak sihat ke? Awak stay sini? Diorang kat Kuala Lumpur?”,

“Awak tak tahu ehh? Mereka dan meninggal masa puasa, lepas kita SPM”,

“Maaf,saya tak tahu. Lepas SPM tu saya terus ke Sarawak,rumah abang saya”,

“Tak apa..hehe”, Haz masih senyum. Sembunyikan dukanya.

*** 


Sejak hari itu hubungan Haz dan Keyrull makin rapat, Keyrull yang sudah habis belajar terus bekerja di kedai abangnya. Abangnya wedding planner, kakaknya ada buat hal catering dan Keyrull cukupkan rencah dengan menjadi wedding photoG. Orang kaya,bolehlah kan? Yang miskin pun boleh,asal usaha lebih!

Haz lagi power, tolong atuk dan nenek di kebun. Angkut sayur-sayuran ke dalam van kayu Ah Lam, petang angkut pula bakul kosong dan simpan dalam store. Tu belum lagi kira pergi memukat dengan atuk di sungai dan kacau dodol secara manual dengan nenek. Tapi tak la dengan kawah, hanya guna kuali biasa je. Siapa yang mampu bina muscle lebih ni? Haz ke Keyrull? He..he..he..

“Haz tak nak sambung belajar ke? Kalau sambung,boleh minta kerja yang stabil sikit”,tanya atuk.

“Kenapa? Kalau Haz tolong atuk kat kebun ni tak boleh?”,

“Tapi bukan untung banyak pun, cukup-cukup makan je”,balas  atuk.

“Tapi kita tak pernah kebuluran atuk. Rezeki ada kat mana-mana asal kita pandai cari. Kalau ada Master sekalipun tapi hidup hanya harapkan nasib dan pencapaian atas kertas, tak memadai juga atuk”,

“Sudahlah atuknya,awak nak berbahas dengan cucu sorang ni memang tak menang pun”,pintas nenek sebelum atuk menyambung.

“Ni semua salah nenek”,

“Kenapa pulak tiba-tiba nenek yang salah?”,tanya nenek kehairanan.

“Kalau nenek bagi atuk ramai anak, mesti atuk ramai cucu. Tak de la dia nak layan je kepala Haz ni”,

“Sorang pun siksa Haz oi..”,jawab atuk disertai gelak kecil dari nenek.

Ahh bahagia begini!

*** 

Ketukkan pintu bertalu-talu memaksa mata Haz dibuka juga,dipisat-pisat mata yang masih kesat. Dia tahu mesti nenek yang mengetuk sebegitu rupa, kalau atuk tak la kuat macam ni.

“Nek..baik nenek ketuk pakai tukul..”, matanya masih separa terbuka tetapi mulutnya sudah mula memerli. Selak pintu dibuka, muka neneknya betul-betul dibalik tabir.

“Nek! Tanjat Haz tau..”, Haz mengurut dadanya perlahan.

Nenek berlalu setelah Haz betul-betul bangkit dari tidur. Haz keluar dan menuju ke dapur, pintu peti sejuk dibuka. Dia mengambil hirisan buah pear yang dihirisnya semalam.

“Makan makanan sejuk pagi-pagi tak elok la Haz. Pergi mandi cepat, ada orang nak jumpa kamu tu”, kata nenek.

“Mesti Aidah kan? Biar dia tunggu lama, padan muka. Mentang-mentang adik beradik dia balik,seminggu dia lupa Haz ni nek”, adu Haz. Nenek hanya menggeleng.

Haz terus membawa piring yang berisi hirisan buah dan segelas jus oren ke ruang tamu. Memang kebiasaannya dia bangun dari tidur dan bersarapan di hadapan televisyen jika atuk tiada di meja makan.

“Aaaa....!!!!”,

“Oit! Bingit lah!”, marah Keyrull

“Kenapa tu Haz?”, laung nenek dari dapur setelah mendengar jeritan Haz.

“Tak da apa nek, terkejut kat kucing putih”, jawab Haz.

“Awak buat apa kat dalam rumah saya ni?”,

“Saya..saya datang nak jumpa awak. Tadi atuk awak suruh saya masuk”,

“Ada apa nak jumpa saya?”,

“Kot ye pun pergilah bersiap dulu”,

“Bersiap?”, tanya Haz kembali. Sesaat selepas itu Haz tersedar dia masih dalam uniform tidurnya. Gaun separa lutut bertali halus membaluti tubuhnya, rambutnya yang ikal paras pinggang juga terdedah.

“Ya Allah!”, segera Haz berlari lintang pukang masuk ke bilik.

Keyrull terdiam, bayangan Haz berpakaian sebegitu masih memenuhi ruang mindanya. Cantik, itu sahaja mampu diungkapkan. Dia kelu.“Astagfirullahhalazim!”,Keyrull memejam mata seketika. Jantungnya berdegup kencang.


“Kenapa tengok macam tu? Eii tak suka!”, marah Haz.

“Sorry.. bukan minda robot atau mesin ni nak delete terus. Nah, gambar yang saya dah cuci”, dihulurkan sampul berwarna coklat muda kepada Haz.

“Kejap”, Haz berlari masuk ke dalam rumah. Tidak lama kemudian dia keluar kembali bersama buku pink miliknya.

Mereka duduk di tempat lepak atuk dan nenek setelah pulang dari kebun. Tangan Haz ligat meletakkan double – sided tape di belakang gambar dan menampalnya di dalam buku tersebut.

“Done! Wishlist ke 2 dah siap. Thanks awak!”, ucap Haz. Matanya seakan bersinar-sinar seperti kanak-kanak baru sahaja mendapat gula-gula
.
Tetapi masih juga Keyrull tertanya-tanya. Kenapa buku tu namanya Wishlist Sebelum Mati ??

Bersambung nanti penulis tak sibuk ye nak~!

Tuesday, 18 September 2012

Acik







Aku dan Acik punya beza umur 2 tahun. Walau kami sesama perempuan, kami tidak rapat semasa kecilnya. Macam anjing dengan kucing..? eh, tidaklah. Kami tidak bercakaran. Tapi aku tak suka Acik yang cengeng. Sikit-sikit menangis. Menangis yang bukan seminit dua boleh diam. Rimas..!

Aku lebih betah bermain dengan abang-abang ku, Ujang dan Munir. Ke mana saja mereka pergi, aku akan ikut. Dan melarang Acik dari menyertai kami. Yalah, kan dia kecil lagi. Leceh nak bawa pergi main paya, masuk hutan, bongkar kebun orang. Hey, aku pernah korek keledek kat kebun orang tau. Kemudian dimakan mentah. Dah semakin dewasa, baru aku tahu babi je yang suka korek-korek ubi dan makan isi ubinya mentah-mentah. Sejak bila babi pandai masak sebelum makan, kan?

Duduk di felda, ramai anak-anak jiran umur lebih kurang sebaya kami. Untuk satu felda ini, rumah penduduk dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang kami panggil Blok. Abah Blok 11. Dalam blok ini, terdapat 10 buah rumah yang berjiran sama ada sebelah menyebelah ataupun membelakang. Selalu kami akan berkumpul sesama rakan petang-petang, untuk bermain. Kebetulan ada kawasan lapang di depan kawasan rumah kami.

Antara permainan yang glamor orang kata, galah panjang, teng-teng, baling selipar dan lompat getah. Permainan berkumpulan ini boleh melibatkan ramai orang. Tapi melibatkan ramai orang pun, aku tetap tidak benarkan Acik menyertainya. Mudah rasa nak marah bila tengok dia menangis. Bukan rasa simpati. Ya, aku kakak yang tidak penyayang masa kecilnya. Bekeng betul.

Pernah satu ketika, aku leka bermain dengan teman lain. Tiba-tiba kak Mai, kakak ku melaung dari rumah. Dia suruh cari Acik. Acik takda kat rumah. Panik juga masa tu. Rumah jiran kiri kanan,  aku cari, Acik tiada. Air mata sudah meleleh. Aku memanglah tak suka dia, tapi aku sayang dia. Bila cari di deret rumah bahagian belakang pn dia takde, panikku bertambah. Lagi laju air mata ku turun. Rupa-rupanya dia di barisan rumah bertentangan. Bersama kawan kelas tadikanya sedang memanjat-manjat pokok jambu yang rendang. Cepat-cepat lap air mata. Kemudian aku jerit suruh dia balik rumah waktu itu juga. Kacau daun betul aku. Tak boleh tengok orang bahagia.

Itu kisah semasa cuti sekolah. Bila waktu persekolahan, selalunya petang kami tidak sempat untuk berkumpul dan bermain memandang terdapat rakan-rakan yang sekolah agama petangnya sehingga 6.30 petang. Selalu waktu cuti pun, 6.30petang mak akan menjerit dari rumah suruh kami pulang. Selalunya kami buat tak endah. Hinggalah kedengaran bunyi motor abah balik dari kebun, barulah kelam-kabut kami berlari balik rumah. Kadang-kadang bila mood mak tak elok, dia tunggu di  muka pintu dengan paip getah. Siapa tak marah kalau kejap lagi nk berebut-rebut guna bilik air.

Masuk waktu maghrib, kalau tak bersiap lagi atas sejadah, kene libas pulak dengan abah menggunakan rotan halusnya. Dan Acik selalu mengelat. Dia akan menangis dulu sebelum kena. Menyampahkan? Kadang-kadang bila tak puas hati, aku cubit dia dalam diam. Aku dulu memang macam mak tiri. Tapi belum masuk kes mendera lagi.

Belum masuk cerita pergi sekolah pagi setiap hari. Lagi-lagi hari Isnin, hari pertama persekolah setiap minggu. Baju sekolah dia, jangan haraplah dia nak gosok sendiri. Stokin pula pagi-pagi baru nak cari. Anak tudung lagi. Argh..! dah lah selalu bangun lambat. Nak mandi pun sempat menangis dulu. Dengan buku tak berkemas. Selalu aku kene marah sebab tak tolong Acik. Masalahnya aku sendiri pun lambat. Dah macam mana?

Oleh kerana jarak sekolah cuma lebih kurang sebatu, kami hanya berjalan kaki sahaja setiap hari. Kecuali kalau hari-hari hujan. Ataupun lambat sangat, kami akan minta abah hantar. Boleh kata setiap hari aku akan bebel-bebel kt Acik sepanjang perjalanan tu. Geram tau. Dah lah jalan lambat. Itupun dia sempat menangis lagi. Malu betul bila lalu depan warung Wak Jamal. Kadang-kadang sebab menahan geram sangat, aku pun turut menangis. Bila kawan tegur mata merah, aku katakan mata masuk habuk. Alasan tak releven betul.

Peliknya Acik ni, masa sekolah rendah, gila-gila dia suka tidur dalam kelas. Sampai cikgu cari aku tanya kenapa Acik suka tidur dalam kelas. Aku pun taktau nak jawab apa. Acik dalam pelajaran, memang dia tidak berminat sangat. Boleh kata semua kelas dia akan tidur kecuali kelas matematik. Naik pelik cikgu kelas dia yang kebetulan masa tu mengajar Bahasa Melayu dan Matematik Acik. Aku pula tak tidur masa sekolah rendah. Tapi naik sekolah menengah, hobi tidur dalam kelas.

Lagi lucu Acik ni, bila sampai waktu pemeriksaan gigi. Kan normalnya ada dua peringkat. Peringkat pertama selalu doktor atau misi-misi periksa dulu. Peringkat kedua barulah dipanggil sesiapa yang perlukan rawatan gigi. Acik ni pula, baru peringkat pertama dia sudah meraung-raung. Sampai pernah dua orang cikgu pegang dia nak paksa dia masuk bilik pemeriksaan. Doktor pujuk, misi-misi pujuk pun tak laku. Aku..? Aku tengok dari tingkat atas yang kebetulan lalu nak pergi ke pusat sumber. Masa tu dia darjah dua tak silap.

Bila raya, mak suka belikan baju yang lebih kurang sama coraknya dengan Acik. Aku tak suka. Serius..! Entah apalah aku jakikan sangat dengan adik perempuan seorang ni. Baju aku lama-lama yang sudah tidak sesuai dengan aku pun, aku tak bagi dia pakai. Banyak kali aku suruh dia tukar baju dia sendiri bila baju aku dah melekat di tubuh dia. Padahl ikutkan, baju tu aku tak muat dah pun. Mak marah. Banyak kali. Fikir-fikir semula pun, pelik. Takda apa yang perlu dicemburukan pun dengan Acik ni. Mungkin aku jenis tak boleh tengok orang bahagia. Sampai ke sudah, baju aku dia memang tak boleh sarung sebab saiz badan dia memang lagi besar dari aku.

Masuk darjah tiga, cengengnya makin berkurang. Mungkin sebab adik lagi satu pun sudah darjah satu. Kenalah tunjukkan tauladan elok sikit. Bila masuk aku masuk sekolah menengah berasrama, aku dah tak ambil tahu sangat pasal Acik. Perkembangan dia aku tak ambil kisah. Sedar-sedar, masing-masing dah besar.

Dan Acik sudah berubah. Dia tidak menangis. Malah lebih berdikari. Bersekolah menengah harian, tinggal di felda bersama keluarga buat dia tahu macam mana kehidupan sebenar. Bergaul dengan masyarakat. Dia jadi lebih berani berbanding aku. Makin ganas kata mak. Bila abah membuat keputusan mahu menghantarnya ke sekolah menengah Arab, dia ugut abah tak mahu sekolah.

Dia memang sangat berani pada pandangan aku. Dia lebih dahulu pandai menunggang motor berbanding aku. Dia suka berjalan keliling kampung setiap petang. Van buruk abah tu pun, sudah puas dia lenjan sebaik sahaja berjaya mendapatkan lesen memandu. Aku pula takut pada motor. Sampai ke sudah bawa motor hanya sekitar rumah. Teringat semasa mula-mula belajar membawa motor. Nak menarik brek tangan, tapi tangan terpulas minyak. Sedar-sedar adik paling kecil dah terduduk dengan tayar motor betul-betul pada perutnya. Kalau teruskan lagi, tak tahu apa jadi pada adik. Itu buat aku sedikit trauma.

Ya, di felda kami, Acik memang lebih dikenali berbanding aku. Dengan menolong abah menjaga kedai mini milik abah, mustahillah orang tak kenal. Orang kampung kadang-kadang tak perasan kewujudan aku sebagai anak abah. Seringkali bila menolong di kedai, orang akan tanya, “anak siapa ni..” pada aku. Sadis betul. Acik kelihatannya lebih matang dari aku. Dengan tubuh yang lebih besar. Wajah yang sedikit garang. Orang selalu ingat dia kakak pada aku. Mungkin faktor muka aku yang awet muda pun jadi sebab orang keliru kan..? pffttt..!

Sekarang, kami terasa sangat kehilangan dia. Dia sedang mencapai impian dia untuk menjadi seorang askar. Ikut jejak langkah abah. Tapi abah berhenti jadi askar 2 tahun awal sebelum layak dapat wang pencen bulanan. Kira abah tak layak untuk dapat gelaran askar pencen, lah kan? Abah bertindak nekad berhenti askar untuk masuk ke tanah rancangan. Acik sanggup berdiet semata-mata mahu mencapai impiannya. Teringat pertama kali teman dia untuk temuduga askar, dia gagal kerana terlebih berat. Bertambah kecewa bila umur dia waktu itu sudah masuk umur maksimum untuk memohon masuk. Tapi memang rezeki dia, akhirnya dapat juga walaupun dipanggil pada saat-saat terakhir.

Kenapa rasa kehilangan..? Kerana sejak dahulu lagi dia banyak membantu di kedai kecil milik Abah. Dari dia lepas SPM, memang abah meletakkan sepenuh kepercayaan pada Acik memandangkan dia tidak berminat mahu meneruskan pelajaran. Dari tanggungjawap membuka pintu kedai, ke susun atur barang, mengambil order barang yang kehabisan sehingga ke tutup semula kedai, semua dalam genggaman dia. Bila dia tidak lagi dapat membantu, mak dan abah yang terpaksa bekerja keras memandangkan kedai tersebut dibuka seawal 6.30pagi dan ditutup 10.30 malam.

Tiada siapa lagi mahu menjemput dan menghantar aku ke stesen bas untuk pulang ke tempat aku belajar. Kalau sebelum ni, sampai malam ke kampung pun, tidak menjadi masalah. Acik sentiasa ada di rumah. Tapi sekarang kena pastikan ikut masa abah ada di rumah. Nak balik petang pun, perlu bagitahu abah sedari subuh lagi kalau tidak mahu kene leter dengan abah. Jika tidak, terpaksalah menunggu berjam-jam di stesen bas memandangkan tiada siapa yang mahu menjemput.

Sekarang aku cukup bersyukur. Bila diingat-ingat kembali apa aku dah buat pada Acik, aku akan simpan dendam kalau aku berada pada tempat dia. Sekarang kami sudah boleh berkongsi cerita. Bergurau senda. Lucu bila timbulkan isu kahwin, dia cukup marah kalau aku suruh dia kahwin dulu. Muncung jangan nak cerita.

Kenapa Acik je aku cerita sedangkan aku ada 2 lagi adik yang lain.? Dengan Acik je aku rasa aku cukup kejam. Dan ketika ni, aku rindu dia. Dia tak pernah takda kat rumah dalam tempoh yang lama selepas habis menjalani kursus membuat pastry yang dia ambil selepas SPM dulu.

Oh, lupa nak cerita. Dipanggil Acik bukan sebab kedudukan dalam keluarga. Tapi kerana masa kecilnya dia, dia suka menggelar dirinya kakak. Abah letak kakak kecik. Lama-lama jadilah Acik je.

Berhenti disini cerita aku ni, kalau aku teruskan menaip aku tak tahu berapa panjang lagi akan terhasil apabila satu persatu kenangan bermain depan mata. Terima kasih sudi baca =)


















Thursday, 17 May 2012

Pendam

Tangan Zuhayr segera mencapai telefon di meja kopi, berkali-kali nombor di dail dan dipadam kembali. Dial lagi dan padam lagi.. Dia meraup muka beberapa kali,gelisah semacam je. Kali ini dia nekad,di dail nombor telefon 017-6_____ milik Enna,


"Salam, erm tido dah?",tanya Zuhayr ketika panggilannya dijawab.


"Ermm...ada apa ni?",


"Saya nak jumpa awak,esok..a'a esok..",


"Esok saya balik kampung, next week lah",


"Tak..tak boleh,kena esok jugak. Saya jemput awak kat rumah,nanti saya hantar awak balik kampung",cadang Zuhayr kerana dia tahu kampung  Enna tidak jauh.


"Yelah,nyte",ringkas dan talian dimatikan.


(Keesokkannya)


Sudah sejam Zuhayr menunggu di luar rumah, sedikit pun dia tidak melenting. Apa yang difikirkan adalah hatinya. Dia gelisah,entah kenapa. Ada perkara yang bermain di kepalanya, tetapi dia tidak pasti.


"Awak sampai tapi awak tak reti-reti nak inform saya ke?",tanya Enna,dia masuk ke perut kereta. Duduk diam-diam.


Zuhayr masuk ke kerete beberapa saat kemudian, dia kaku sebelum enjin kereta dihidupkan. "Kita pergi makan dulu",


"Ok,sebelum Asar saya kena ada kat kampung dah", ujar Enna.Zuhayr hanya angguk tanda faham tanpa pandang sekilas.


Seusai makan di Restoren Lelayang, Zuhayr terus memandu untuk pulang ke rumah Enna di kampung. Dari tadi dia hanya senyap. Sesekali anak hujung matanya melirik pada Enna yang mengenakan baju blouse berwarna coklat tua dipadankan dengan skirt labuh. Dia suka apa sahaja Enna pakai,semua cantik cuma satu sahaja dia tidak suka Enna kenakan loose shawl. Nampak serabut.


"Awak ajak saya keluar semata-mata nak keluar makan je ke?",


"Emm..",


"Awak ni ok ke tak?",tanya Enna lagi.


"Emm..",


"Lebih kurang beberapa kilometer lagi ada kedai buah tepi jalan,nanti singgah. Saya nak belikan buah untuk orang kat rumah",


"Emm...", respon Zuhayr lagi.


Enna memerhati Zuhayr,sikap Zuhayr pelik dirasakan hari ini. Ada apa lagi yang tak kena, Mila buat hal pulak ke. Beberapa hari lepas Zuhayr ada bertanyakan perihal Mila, Enna memang selalu menjadi tukang cari jodoh buat Zuhayr. Nombor telefon Mila telah diberikan,tak menjadi pula agaknya tapak masjid yang Enna cuba adakan. 


Enna telah berkawan dengan Zuhayr semenjak tahun pertama di universiti lagi. Walaupun mereka mengambil jurusan yang berbeza,tetapi mereka sering berjumpa. Kini masuk dua tahun mereka bekerja dalam bidang masing-masing. Semasa di universiti lagi Zuhayr menjadi daya penarik di setiap tempat dia pergi. Ada sahaja hati yang terpaut melihatnya, masakan tidak kerana semuanya cukup pakej.


"Sini ke?? Awak... sini ke?", tanya Zuhayr berkali-kali mematikan lamunan Enna. Enna memerhati sekeliling,dilihatnya gerai buah.


"A'a,sini..",Enna turun dari kereta dan menuju ke gerai. Zuhayr pula tertarik dengan sungai yang terdapat di belakang barisan gerai tersebut. 


Kelihatan bot kecil yang jauh dari pandangan mata, tenang sungguh suasana disitu. Tetapi ianya sedikitpun tidak membuatkan hati Zuhayr tenang. Perlukah dia mengaku semuanya pada Enna? Jika Enna marah padanya? Mahukah Enna berkawan dengannya lagi? Kenapa dia rasa begini? 


Bertalu-talu soalan menembak otaknya,dia duduk di tanah.Matanya masih memerhati air sungai dihadapannya,


"Awak ni kenapa? Awak ada masalah kan? Cuba cerita kat saya",


"Tak ada..",


"Tipu,cepatlah..",


"Dah lah,tak ada pape", Zuhayr bangun dari tempat duduknya. Cepat-cepat tangan Enna menarik lengan Zuhayr. Zuhayr terduduk kembali.


"Mila tak layan awak?",


"Saya tak contact pun dia...",


"Dah tu,awak macam ni sebab apa?",


"Jangan tanya la,saya tak ada jawapan untuk soalan tu. Saya sendiri tak pasti",


"Tak pasti? Maksudnya awak dah tahu apa perkara tu. Kalau awak tak nak terlepas,jangan ragu lama sangatlah..", kata Enna menutup topik perbualan. Dia melangkah ke kereta, tiba-tiba daia rasa nak marah pada Zuhayr.


Setelah hampir 30 minit,mereka sampai di rumah Enna. Rumah kampung tinggi, bawah rumah siap boleh lepak minum petang. Cantik. Zuhayr jakun bab kampung,dia tiada kampung. Neneknya juga tinggal di bandar bersama keluarganya.


"Thanks hantarkan saya. Lepas ni drive elok-elok", pesan Enna pada Zuhayr.


"Awak.. saya ada sesuatu nak kata pada awak. Kiranya pengakuan la ni",


"Ok,cakaplah..",


"Awak jangan marah..",


"Belum cakap,macam mana nak marah. Cakap la..",


"Awak ingat tak masa kita kat universiti dulu, awak sepatutnya keluar blind date petang tu. Tapi purse awak hilang. Ingat?",tanya Zuhayr. Enna angguk, "sebenarnya saya yang ambil purse tu masa kita minum pagi tu. Sebab saya tahu awak nak pergi blind date, dan saya tahu lelaki tu Rizal budak tepi bilik saya.. Maaf". Zuhayr melepaskan nafasnya berat. Enna masih menatap wajah Zuhayr tenang.


"Setiap hari pertama setiap bulan awak ada terima pokok kaktus dalam pasu kecil dengan kad ayat jiwang kan?",.... "tu semua dari saya,saya tahu awak tak akan dapat agak tu dari saya sebab awak pernah kata saya tak romaktik. Tapi saya sakit hati lepas Rizal mengaku dia yang bagi semua tu, so saya stop hantar kat awak",


"Mana awak tahu saya suka kaktus?",tiba-tiba soalan dari Enna.


"Blog awak..saya selalu baca blog awak.Saya komen..saya suka penulisan awak tentang friendship dan kehidupan sejagat",


"Komen? Nickname awak apa?",


"Sigmabond..",


Enna angkat muka, Sigmabond.. Nama tu dah lama tak jenguk dia di ruang komen blog. Dalam diam Enna juga minat dengan penulisan Sigmabond,baginya Sigmabond seorang manusia yang banyak rahsia..


"Pasal blind date tu kenapa awak buat macam tu?",


"Sebab...sebab...masa tu saya dah mula minat awak. Saya tak nak awak dengan Rizal,kalau boleh biarlah dengan saya. Tapi saya tak nampak peluang saya,jadi saya biarkan",


"Biarkan? Jadi kenapa tak benarkan saya dengan Rizal?",


"Sebab saya nak awak dengan seseorang yang lagi bagus",


"Awak bagus ke?",


"Ahh..awak buat saya tak ada jawapan", Zuhayr kembali menatap kedepan.


"Betul awak suka saya?",


"Betul..~!", ucap Zuhayr sungguh-sungguh.


"Buktikan..jangan cakap saja. Drive elok-elok", Enna turun dari kereta menuju ke rumah. 


Zuhayr memerhati dari kereta. Kelihatan mama dan abah Enna turun ke tangga setelah mendengar salam dari Enna. Zuhayr turun dari kereta dan menuju kearah mereka.


"Assalamualaikum", 


"Wasalam", mereka semua menjawab salam dari Zuhayr.


"Pakcik..makcik...bila pakcik dengan makcik free?",


"Kami setiap hari free,ada je kat rumah. Kenapa?",tanya abah Enna.


"Saya nak hantar rombongan meminang Enna.. Saya nak Enna jadi isteri saya secepat mungkin. Saya nak jaga dia sampai bila-bila..",


Enna segera berpaling,terkejut. Abah Enna tersenyum begitu juga mama Enna. Zuhayr masih pucat,bimbang dirinya di'reject'.


=.="



Tuesday, 24 April 2012

Iklan Sementara

.... | Assalamualaikum, Salam 1 Malaysia | ....





Hati Terukir Cinta 'hold' buat sementara =)


With care,
ZK