Haz melihat gambar-gambar yang diambil oleh seorang photoG
yang merupakan salah seorang yang terlist
di dalam list kawan-kawannya di
facebook. Satu persatu album ditekan, matanya ralit melihat wajah-wajah itu
disolek dan ditubuhnya terbalut busana yang indah.
“Aku nak macam ni tapi aku tak ada duit nak beli baju macam
tu. Kalau jadi talent macam ni kena
bayar ke tak ehh? Aku tak nak la paw atuk,kesian atuk”,Haz bermonolog.
“Dik, sejam dah ni. Tadi adik nak akak ingatkan adik kan?”,
“A’a, kejap kak. Adik log out facebook ni kejap”, pantas
tangannya ligat menekan lalu dia bangun dari kerusi yang tak berapa nak empuk
berwarna biru. “Akak, RM2.00 kan? Terima kasih akak”, senyum Haz. Akak penjaga
cyber cafe hanya angguk dan membalas senyum Haz.
Setibanya di rumah, Haz terus ke dapur dan meyediakan air
teh panas. Sekejap lagi atuk dan neneknya akan pulang dari kebun milik mereka.
Peti sejuk dibuka dan Haz mengambil Tupperware yang berisi karipap sedia goreng
yang dibuatnya semalam lalu digoreng. Diangkat juadah yang siap terhidang di
dalam dulang besar ke bangku besar ditepi perigi. Tempat santai.
Riuh suara atuk dan nenek bergurau senda sepanjang jalan
masuk ke rumah, memang mereka selalu begitu. Romantik tak habis! Seperti biasa
mereka akan duduk di port yang sudah tersedia juadah seperti selalunya.
“Nek.. tadi Haz pergi cyber cafe. Macam selalu tu.. tadi kan
Haz tengok jurugambar ambil gambar. Dia masukkan dalam facebook. Cantik nek”,
“Haz ambil la jugak,mesti cantik”,
“Tapi Haz tak ada duit la nek ,nak beli baju cantik..”,
“Pakai apa pun cantik,asalkan tutup aurat. Siapa ambil
gambar tu? Dia duk dekat mana?”,kata atuk yang dari tadi mengunyah karipap.
“Dia ada dekat bandar ni je. Atuk dengan nenek kasi? Kalau
kasi,esok Haz tanya dia bila dia boleh ambil gambar Haz. Tapi...”,
“Tapi apanya?”,
“Tapi esok atuk kena la kasi RM2.00 kat Haz lagi. Tapi takpe
atuk, kalau dapat nanti Haz pergi sendiri”,
“Atuk hantarkan kalau dapat. Dah makan,yang esok tu fikir
esok”,tangan kasar itu menyentuh kepala cucu kesayangannya. Air matanya
bergenang.
****
Kicau burung pagi itu kedengaran nyaring dan lain semacam,
atuk duduk port biasa untuk ambil angin sebelum ke kebun.
“Abah, karang sikit Man dengan Yatt bawa Haz pergi Bandar.
Haz tu nak sangat dia beli baju raya lain”,
“Kan dah beli. Jangan ikut sangat anak kamu tu Man. Manja
lebih nanti,kamu susah”,
“Yatt belikan hari tu putih. Haz taknak. Yang abah, mak ,
Man dan Yatt settle semua dah. Haz je. Takpe abah, selagi ada ni boleh la kami
nak bagi lebih. Dah takde nanti tak boleh da”,
“Lain bunyi tu. Yatt tu kan sarat,kurangkan lah nak berjalan
sana sini. Terberanak tengah jalan karang”,
“Takpe bah,kalau Yatt nak beranak nanti Man parking tepi.
Tak parking tengah jalan punye bah. He..he..he..”,
“Loyar buruk betul anak abah sorang ni. Yelah,balik karang
tolong abah kat kebun. Abah nak ambil nangka,boleh buat pengat nak berbuka
nanti”,
“Orite bah..”,Man tersenyum melihat abahnya. Masih kuat!
“Cikgu Razak! Cikgu Razak!”,
“Pe dia kau ni Dollah,terjerit-jerit. Macam la aku ni pekak.
Termengah-mengah.. apa dia?”,
“Man..Man.. Cikgu.. Man kemalangan”,
“Astagfirullahalazim..! dia kat mana sekarang. Isteri aku
tahu dah?”,
“Dia tunggu Cikgu balik je”,
“Tolong tumpangkan aku...aku....aku..”, Cikgu Razak sudah
tidak keruan.
“Istigfar cikgu. Cikgu.. Man dengan isteri dia meninggal kat
tempat kejadian. Sabar cikgu..”,tangan Dollah segera memaut bahu Cikgu Razak
yang kelihatan pucat.
“Anak menantu aku...”,bisik Cikgu Razak perlahan.
Mata Haz ligat mencari nama photoG yang dilihatnya semalam.
Ahh ada tanda hijau di tepi namanya, dia online! Tiba-tiba Haz rasa segan,
“Ada ke talent yang minta. Bukan photoG ke yang cari talent?”,bicara
Haz perlahan.
“Tapi nak jugak. Malu melepas ... hehe..”, ditekan nama
photoG tersebut. Perbualan menerusi IM bermula.
Kemboja Putih (KP) :
Assalamualaikum, tumpang tanya.
Keyrull :
Waalaikummusalam, yerp apa? Siapa ni ye?
KP : Kawan alam maya. Nak
tanya,boleh tak nak awak ambilkan gambar saya?
Keyrull : Awak ada gambar
dalam FB awak? Boleh saya tengok dulu?
KP : Takde.. huhu..tak
boleh ke?
Keyrull : Boleh je, saja
je selalunya saya tengok gambar dia dulu. Bila nak ambil?
KP : Secepat mungkin, asal
awak free. Bayaran berapa ye? Baju kalau saya pakai baju saya takpe?
Keyrull : Baju tu
selalunya saya sediakan,tapi ok je nak pakai baju sendiri.
KP : Bayaran?
Keyrull : Kita bincang
nanti jumpa yang tu.
KP : Ok, terima kasih.
Assalamualaikum.
Keyrull : Awak nak kemana?
KP : Dah habis tanya,saya
nak chow dah la.
Keyrull : Habis awak
taknak kasi nombor telefon ke? Saya nak contact macam mana.
KP : Lupa.. 0_-_____ .
Nombor rumah. Nombor awak?
Keyrull : Petang sikit
saya call.
KP : Ok then..
Haz tersenyum lebar, terus dia log out dan bangun untuk
bayar di kaunter.
“Tak payah bayar la dik, baru 15 minit online dah habis”,
“Hari ni tak online untuk isi SPA tu. Hari ni online saja
je. Betul ke ni kak tak payah bayar?”,
“Iye ..”, akak di kaunter senyum. Haz senyum dan berlalu
pergi.
Haz bernyanyi kecil di dapur, pagi tadi Mak Kiah ada berikan
ikan keli yang sudah siap disiang. Katanya yang Pak Abu mengail semalam. Apa
lagi, terus sahaja ikan keli tersebut diperap dengan bahan yang sudah siap di
blend. Mahu goreng dan buat sambal tumis. Terangkat habis!
“Nyanyi..nyanyi..dapat suami tua baru tahu”,tegur atuk dari
belakang.
“Hehe..orang tak mau kawen la atuk. Kejap lagi dah boleh
makan”,
“Masak apa?”,
“Ikan keli goreng sambal..ok?”,
“Tak”,
“Haz lupa atuk tak makan ikan keli! Ok, Haz buatkan ayam
goreng halia ok atuk?”,
“Tak payah,atuk makan je. Cuma sediakan telur dadar,kot-kot
la tak boleh nak telan keli Haz tu”,
“Mengada atuk ni..hehe. ok,tunggu kat luar ye”,
“Esok jam berapa nak jumpa budak tu? Atuknya temankan Haz
kan?”, tanya atuk ketika sedang makan.
“Pagi,dia kata pagi ok. Tak pe nek, Haz pergi sendiri.
Lagipun dekat kampung kita jugak,dekat jeram sana. Katanya situ pemandangan
cantik”,
“Tak harap lah nenek..”,
“Nenek ni,bukan Haz dengan dia je. Esok kan hari minggu, kat
jeram tu dari pagi hingga petang ramai orang”,
Nenek hanya angguk,tanda faham. Atuk siap kenyit mata.
Hehe..atuk the best!
“Pakai baju apa?”,
“Baju kurung yang nenek kasi hari tu. Haz baru nak
rasmikan”,
Nenek angguk lagi,makin rancak pula atuk meratah isi ikan
keli. Sedap leteww!
****
Haz mundar mandir di bangku yang tersedia di kawasan
parking. Macam biasa, ramai betul orang. Agaknya photoG tu ingat atau tak Haz
cakap yang dia akan tunggu di kawasan ini dan pakai macam ni. Tu lah,orang
sekarang dah ada telefon bimbit tapi Haz tak ada. Bukan atuk tak nak kasi,Haz
yang menolak. Gedik!
“Assalamualaikum.. Kemboja Putih?”,tegur seseorang dari
belakang. Haz teragak-agak untuk berpaling. Ahh cepat lah!
“Wasalam,ye..ye..Keyrull?”,buat-buat tanya lagi. Macam nak
patah leher dia gantung kamera besar bapak kat leher. Sah la Keyrull si photoG
ni.
“Ye saya..”, Keyrull mati kata. Dipandang Haz tak berkelip.
Tiada secalit gincu mahupun BB Cream yang dipakai. Bedak alas pun tidak.
Tapi..tapi dia memukau pandangan Keyrull.
“Keyrull.....”,
“Ye?”,
“Kenapa tenung macam tu? Tak boleh ehh pakai baju kurung
macam ni?”,
“Boleh,tak ada masalah..”, senyuman dilemparkan.
Pelbagai pose diberikan, temanya sopan. Muslimah. Dari atas
batu, ke gigi air sehingga dalam air yang
hampir mencecah buku lali. Haz sangat
gembira, Keyrull hanya menurut kehendak. Setelah siap , mereka mengambil tempat
untuk rehat sebentar.
“Nah makan..”,
“Wow, tak pernah lagi saya diberi makan oleh talent ni. Awak
buat?”, tanya Keyrull seakan terkejut. Haz angguk dan menghulurkan bekas
makanan pada Keyrull.
Siap dengan bakul yang entah dari mana, tadi macam tak ada.
Lengkap air dan kuih untuk dimakan setelah bihun goreng sudah selamat mendarat
di dalam perut.
“Awak,bayar ni kira macam mana?”,tanya Haz.
“Free je,lagipun bukan jauh dari rumah saya. Saya pun free
hari ni, lain la kalau gambar kawen awak. Memang saya mintak bayaran la”,
“Ohh,thanks ye. Awak,gambar tu nanti awak upload kat
facebook eh?”,
“Yerp,nanti saya tag awak”,
“Kalau saya nak demand sikit boleh? Saya nak dalam bentuk
keping. Boleh? Nak tampal kat sini”, ditayangkan buku hard cover berwarna pink
terang.
“Buku apa ni....”, Keyrull melihat isi kandungan buku
tersebut. “Nanti saya beri kat awak”,sambung Keyrull.
“Wishlist sebelum mati??”,tanya hatinya. Ehh tapi sekejap...
****
“Awak,tengok sekali lagi buku tu”,minta Keyrull dan Haz
menghulurkan buku tersebut. “Hazirah Azman? Nama awak?”,
“A’ah nama saya”,
“Zirah Moncong?”,
“Hey tu budak jahat kat sekolah panggil saya!”,
“Hahaha...awak ke..kecilnya dunia”,
“Awak ni siapa?”,
“Keyrull la.. Keyrull pengawas tu”,
“Keyrull Nerd?”,
“Hey!! Ni nak marah ni”,
“He..he.. awak ke. Saya tak cam langsung, yelah awak dulu
kan rambut sikat tepi”,
“Dah...jangan nak mula. Tapi kenapa awak sekarang cantik
sangat? Macam...macam..lain lah”,
“Sebab dah tak moncong kot. Heehh!”,
“Awak kemana lepas SPM hari tu? Result pun awak tak
ambil,tapi saya tahu awak dapat result cemerlang”,
“Saya pergi ambil la,tapi sebulan lambat”,
“Awak study kat mana sekarang?”,
“Tak..tak study kat mana-mana. Duduk rumah jaga atuk dan
nenek. Saya malas la nak study lagi. Hehe..boleh tak macam tu?”,
“Boleh..semua boleh. Ayah dengan ibu awak sihat ke? Awak
stay sini? Diorang kat Kuala Lumpur?”,
“Awak tak tahu ehh? Mereka dan meninggal masa puasa, lepas
kita SPM”,
“Maaf,saya tak tahu. Lepas SPM tu saya terus ke
Sarawak,rumah abang saya”,
“Tak apa..hehe”, Haz masih senyum. Sembunyikan dukanya.
***
Sejak hari itu hubungan Haz dan Keyrull makin rapat, Keyrull
yang sudah habis belajar terus bekerja di kedai abangnya. Abangnya wedding
planner, kakaknya ada buat hal catering dan Keyrull cukupkan rencah dengan
menjadi wedding photoG. Orang kaya,bolehlah kan? Yang miskin pun boleh,asal
usaha lebih!
Haz lagi power, tolong atuk dan nenek di kebun. Angkut
sayur-sayuran ke dalam van kayu Ah Lam, petang angkut pula bakul kosong dan
simpan dalam store. Tu belum lagi kira pergi memukat dengan atuk di sungai dan
kacau dodol secara manual dengan nenek. Tapi tak la dengan kawah, hanya guna
kuali biasa je. Siapa yang mampu bina muscle lebih ni? Haz ke Keyrull?
He..he..he..
“Haz tak nak sambung belajar ke? Kalau sambung,boleh minta
kerja yang stabil sikit”,tanya atuk.
“Kenapa? Kalau Haz tolong atuk kat kebun ni tak boleh?”,
“Tapi bukan untung banyak pun, cukup-cukup makan
je”,balas atuk.
“Tapi kita tak pernah kebuluran atuk. Rezeki ada kat
mana-mana asal kita pandai cari. Kalau ada Master sekalipun tapi hidup hanya
harapkan nasib dan pencapaian atas kertas, tak memadai juga atuk”,
“Sudahlah atuknya,awak nak berbahas dengan cucu sorang ni
memang tak menang pun”,pintas nenek sebelum atuk menyambung.
“Ni semua salah nenek”,
“Kenapa pulak tiba-tiba nenek yang salah?”,tanya nenek
kehairanan.
“Kalau nenek bagi atuk ramai anak, mesti atuk ramai cucu.
Tak de la dia nak layan je kepala Haz ni”,
“Sorang pun siksa Haz oi..”,jawab atuk disertai gelak kecil
dari nenek.
Ahh bahagia begini!
***
Ketukkan pintu bertalu-talu memaksa mata Haz dibuka
juga,dipisat-pisat mata yang masih kesat. Dia tahu mesti nenek yang mengetuk
sebegitu rupa, kalau atuk tak la kuat macam ni.
“Nek..baik nenek ketuk pakai tukul..”, matanya masih separa
terbuka tetapi mulutnya sudah mula memerli. Selak pintu dibuka, muka neneknya
betul-betul dibalik tabir.
“Nek! Tanjat Haz tau..”, Haz mengurut dadanya perlahan.
Nenek berlalu setelah Haz betul-betul bangkit dari tidur.
Haz keluar dan menuju ke dapur, pintu peti sejuk dibuka. Dia mengambil hirisan
buah pear yang dihirisnya semalam.
“Makan makanan sejuk pagi-pagi tak elok la Haz. Pergi mandi
cepat, ada orang nak jumpa kamu tu”, kata nenek.
“Mesti Aidah kan? Biar dia tunggu lama, padan muka.
Mentang-mentang adik beradik dia balik,seminggu dia lupa Haz ni nek”, adu Haz.
Nenek hanya menggeleng.
Haz terus membawa piring yang berisi hirisan buah dan
segelas jus oren ke ruang tamu. Memang kebiasaannya dia bangun dari tidur dan
bersarapan di hadapan televisyen jika atuk tiada di meja makan.
“Aaaa....!!!!”,
“Oit! Bingit lah!”, marah Keyrull
“Kenapa tu Haz?”, laung nenek dari dapur setelah mendengar
jeritan Haz.
“Tak da apa nek, terkejut kat kucing putih”, jawab Haz.
“Awak buat apa kat dalam rumah saya ni?”,
“Saya..saya datang nak jumpa awak. Tadi atuk awak suruh saya
masuk”,
“Ada apa nak jumpa saya?”,
“Kot ye pun pergilah bersiap dulu”,
“Bersiap?”, tanya Haz kembali. Sesaat selepas itu Haz
tersedar dia masih dalam uniform tidurnya. Gaun separa lutut bertali halus
membaluti tubuhnya, rambutnya yang ikal paras pinggang juga terdedah.
“Ya Allah!”, segera Haz berlari lintang pukang masuk ke
bilik.
Keyrull terdiam, bayangan Haz berpakaian sebegitu masih
memenuhi ruang mindanya. Cantik, itu sahaja mampu diungkapkan. Dia kelu.“Astagfirullahhalazim!”,Keyrull memejam mata seketika.
Jantungnya berdegup kencang.
“Kenapa tengok macam tu? Eii tak suka!”, marah Haz.
“Sorry.. bukan minda robot atau mesin ni nak delete terus.
Nah, gambar yang saya dah cuci”, dihulurkan sampul berwarna coklat muda kepada
Haz.
“Kejap”, Haz berlari masuk ke dalam rumah. Tidak lama
kemudian dia keluar kembali bersama buku pink miliknya.
Mereka duduk di tempat lepak atuk dan nenek setelah pulang
dari kebun. Tangan Haz ligat meletakkan double – sided tape di belakang gambar
dan menampalnya di dalam buku tersebut.
“Done! Wishlist ke 2 dah siap. Thanks awak!”, ucap Haz.
Matanya seakan bersinar-sinar seperti kanak-kanak baru sahaja mendapat
gula-gula
.
Tetapi masih juga Keyrull tertanya-tanya. Kenapa buku tu
namanya Wishlist Sebelum Mati ??
Bersambung nanti penulis tak sibuk ye nak~!
2 comments:
nice..!
thanks~!
Post a Comment